Tentang Kami

Mengenai KGB Local Services & Training Sdn. Bhd.
KGB Local Services & Training Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat berasaskan ilmu yang ditubuhkan di bawah Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan fokus terhadap perundingan, latihan, dan inovasi dalam bidang kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan manusia.
Perkhidmatan kami dibangunkan berasaskan penyelidikan saintifik, kolaborasi industri, serta pengalaman dunia nyata dalam persekitaran klinikal, pemulihan (rehabilitasi), dan pekerjaan.
Visi
Menjadi penyedia teraju bagi penyelesaian kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan holistik sepanjang hayat.
